Peraturan
Semua pelawat dan pengunjung serta sesiapa sahaja yang berada di dalam kawasan Polumpung Melangkap View Camp Site (PMVCS) adalah tertakluk kepada peraturan-peraturan ini.
Tiada seorang pun boleh, kecuali seperti yang dinyatakan oleh Peraturan-Peraturan ini:
- Memasuki kawasan PMVCS tanpa membayar Yuran Kemasukan dan Yuran Bermalam (bagi yang menginap) yang telah disahkan oleh PMVCS;
- Memburu, menjerat, memancing, menjala dan apa jua cara menangkap sebarang spesis binatang dan hidupan liar di dalam Sungai Panataran dan di dalam kawasan PMVCS;
- Membawa keluar apa-apa sahaja spesis flora dan fauna serta benda-benda lain yang terdapat di dalam kawasan PMVCS;
- Menebang dan memusnahkan pokok-pokok di dalam kawasan PMVCS;
- Membawa masuk apa-apa jenis binatang ke dalam kawasan PMVCS tanpa mendapatkan kebenaran daripada pihak pengurusan PMVCS terlebih dahulu;
- Merosakkan atau menyalahgunakan kemudahan harta kekal dan harta mudah alih milik PMVCS;
- Memembuang sampah di merata-rata tempat di dalam kawasan PMVCS;
- Melakukan aktiviti jenayah/tidak bermoral di dalam kawasan PMVCS;
- Berbuat bising atau melakukan sebarang aktiviti yang menganggu ketenteraman pengunjung-pengunjung lain;
- Mencuri/menggunakan barang-barang milik PMVCS atau pengunjung lain tanpa kebenaran;
- Membawa masuk/menggunakan senjata api, peralatan atau bahan yang membahayakan ke PMVCS;
- Membawa masuk minuman keras dan sebarang bahan-bahan yang memabukkan/mengkhayalkan termasuk dadah ke PMVCS. Ini bagi bagi tujuan keselamatan dan bagi mengelakkan sebarang gangguan timbul kepada ketenteraman pengunjung-pengunjung yang lain;
- PMVCS berhak untuk mengarahkan mana-mana pengunjung untuk meninggalkan taman tema (tanpa memberikan sebarang pampasan atau pembayaran ganti rugi) jika individu tersebut tidak mengikuti arahan dan peraturan keselamatan atau melakukan perlakuan yang bahaya atau membahayakan di PMVCS;
- Pengunjung tidak digalakkan untuk membawa barang-barang berharga ke dalam kawasan PMVCS. Pihak PMVCS tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan barang-barang pengunjung di dalam kawasan PMVCS;
- Ibubapa dikehendaki menjaga anak-anak masing-masing sepanjang berada di kawasan PMVCS. Kanak-kanak berumur di bawah 13 hanya dibenarkan untuk masuk ke taman tema jika ditemani oleh seorang dewasa;
- Jika keadaan memerlukan, PMVCS mempunyai hak untuk membuat perubahan terhadap waktu operasi PMVCS, atau tutup semua atau sebahagian daripada kawasan PMVCS buat masa sementara waktu, atau hadkan jumlah pengunjung yang dibenarkan masuk ke dalam PMVCS;
- Pihak PMVCS mengutamakan keselamatan pengunjung namun pihak PMVCS tidak akan bertanggungjawab atau menanggung liabiliti atas sebarang kemalangan yang mengakibatkan kecederaan atau kematian dalam kawasan PMVCS;
- PMVCS berhak mengambil gambar detik-detik istimewa pengunjung semasa pengunjung berada di kawasan PMVCS. Semasa anda masuk ke dalam kawasan PMVCS, anda membenarkan gambar anda untuk dipaparkan di laman sesawang PMVCS dan juga media lain;
- Penangkapan gambar, rakaman video atau suara untuk tujuan komersial tidak dibenarkan tanpa kebenaran bertulis daripada PMVCS terlebih dahulu;
- Pengunjung dikehendaki bersiap sedia untuk menghadapi pelbagai cabaran dan ketidakselesaan yang akan dihadapi semasa berkhemah di kawasan persekitaran semula jadi di PMVCS;
- Dilarang mengakibatkan kemusnahan di kawasan persekitaran semula jadi anda;
- Penggunaan api hanya dibenarkan untuk tujuan memasak, BBQ dan unggun api;
- Berhati-hati semasa menggunakan mancis dan api;
- Dilarang merokok dalam khemah;
- Masa check-in bermula dari 2:00pm pada hari ketibaan dan check-out pada 12:00pm pada hari pemergian anda;
- Sila hormati pengunjung PMVCS yang lain;
- Dilarang masuk ke dalam khemah pengunjung lain tanpa kebenaran pemilik khemah terlebih dahulu;
- Sila rendahkan suara anda, terutamanya pada waktu 12:00pm-7:00am; dan
- Tidak melanggar lain-lain peruntukan dalam peraturan ini yang akan dibuat oleh PMVCS dari semasa ke semasa.